Maju Bersama PUNB adalah sebuah kempen sempena ulang tahun PUNB ke-30. Kempen ini dianjurkan untuk menerapkan konsep ‘Hero untuk Hero’ di mana PUNB berperanan sebagai acuan untuk membentuk sebuah komuniti usahawan Bumiputera yang akan bertindak sebagai barisan hadapan dalam memacu inovasi, mencipta peluang pekerjaan dan membantu meningkatkan pembangunan ekonomi dalam kalangan rakyat serta negara.

Melalui kempen ini, ia memberi peluang kepada PUNB untuk membuktikan komitmen kami dalam membantu usahawan Bumiputera melalui sokongan pembiayaan dan khidmat korporat. Matlamat kempen ini adalah untuk membantu usahawan Bumiputera mencapai kejayaan melalui:
PUNB sedia memberi bantuan pembiayaan kepada usahawan Bumiputera yang ingin
#MajuBersamaPUNB. Berikut adalah pakej pembiayaan yang disediakan:
Klik butang di bawah untuk Skop Pembiayaan PUNB dan maklumat lain.

 

Untuk menyediakan kepakaran dan sumber yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan Bumiputera bagi membantu memajukan dan menaiktaraf perniagaan mereka.


Melahirkan pelapis baharu usahawan Bumiputera yang dapat mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan.

Ikon Inspirasi Impian adalah sebuah program ceramah secara maya untuk kempen Maju Bersama PUNB bersempena ulang tahun PUNB yang ke-30. Program ini akan menampilkan tiga (3) penceramah jemputan terdiri daripada pemain industri dan usahawan berjaya yang akan:
Ikon Inspirasi Impian adalah sebuah program ceramah secara maya untuk kempen Maju Bersama PUNB bersempena ulang tahun PUNB yang ke-30. Program ini akan menampilkan tiga (3) penceramah jemputan terdiri daripada pemain industri dan usahawan berjaya yang akan:

Berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam dunia perniagaan serta keusahawanan.


Berkongsi perkembangan terbaharu corak aliran pasaran dan perubahan landskap ekonomi.


Memberi tip dan pandangan untuk mendepani cabaran perniagaan ketika negara beralih ke fasa endemik.